Soalan

  1. Bila kali pertama anda menggunakan internet?
  2. Kira-kira berapa lama sehari anda menggunakan internet? Untuk apa?
  3. Siapa yang paling banyak menggunakan internet dalam keluarga anda?
  4. Ada apa-apa isu keselamatan yang anda mesti fikir bila menggunakan internet?
  5. Macam mana cara anda memanfaatkan internet? Apa benda yang berfaedah yang anda buat?
  6. Anda rasa kualiti hidup kita meningkat dengan adanya internet?
  7. Apa laman-laman web yang anda selalu gunakan?
  8. Apa masalah-masalah yang timbul dari penggunaan internet?
  9. Untuk memasang internet di rumah di negara anda memerlukan kos yang tinggi?
  10. Bahaya atau tidak berjumpa dengan orang baharu di internet?
  11. Anda rasa kerajaan mempunyai hak untuk mengehadkan internet di sesebuah negara?
  12. Anda rasa penting untuk ada internet di sekolah?

Kosa Kata

  1. kira-kira
  2. isu keselamatan
  3. manfaat
  4. (me)manfaatkan
  5. faedah
  6. berfaedah
  7. meningkat
  8. pasang (memasang)
  9. hak
  10. had
  11. terhad
  12. (menge)hadkan
  13. mempunyai
  1. around ~
  2. security issue
  3. benefit
  4. beneficial
  5. benefit; interest
  6. beneficial
  7. to increase
  8. to install; turn on
  9. right
  10. limit
  11. limited
  12. to limit
  13. to have