Soalan

  1. Ada sesuatu yang anda rasa anda tak patut buat di universiti?
  2. Macam mana proses untuk daftar kursus di universiti anda?
  3. Sambutan apa yang anda paling suka di universiti? Kenapa?
  4. Apa nasihat yang anda akan berikan sekarang kepada adik anda yang nak masuk universiti tak lama lagi?
  5. Apa alasan paling unik yang anda pernah dengar dari orang yang tak datang kelas?
  6. Macam mana hidup anda berubah sejak masuk/keluar dari kolej/universiti?
  7. Anda banyak catat nota dalam kelas?
  8. Macam mana anda susun dan aturkan nota-nota?
  9. Apa yang anda paling takut sebelum mulakan tahun pertama di kolej/universiti?
  10. Beli buku teks wajib untuk setiap kursus?
  11. Anda suka bekerja dalam kumpulan atau berseorangan dalam kelas?
  12. Apa kelebihan belajar berseorangan?
  13. Apa kelebihan belajar dalam kumpulan?
  14. Anda senang jumpa dan selalu jumpa pensyarah di luar waktu kelas?
  15. Apa anda akan buat kalau anda ketinggalan dalam sesuatu subjek?
  16. Apa motivasi terbesar anda bila anda di kolej/universiti?
  17. Apa tempat kegemaran anda di kampus?
  18. Apa kenangan manis dan buruk selama di universiti/kolej?
  19. Anda ahli mana-mana organisasi di kampus?
  20. Siapa pensyarah kesukaan anda dan kursus apa dia ajar?

Kosa Kata

  1. daftar (mendaftar)
  2. nasihat
  3. tak lama lagi
  4. alasan
  5. catat (mencatat)
  6. susun (menyusun)
  7. atur (mengatur)
  8. wajib
  9. kursus
  10. ketinggalan
  11. kenangan
  12. pensyarah
  1. to register
  2. advice
  3. soon
  4. excuse
  5. to jot down
  6. to arrange
  7. to organize (sort)
  8. mandatory
  9. course
  10. to be left behind
  11. memories
  12. lecturer

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.