Senarai Soalan

  1. Di mana negara anda dalam peta? Benua apa?
  2. Apa negara-negara jiran yang dekat dengan negara anda? Anda pernah lawat negara-negara ini?
  3. Ada berapa musim di negara anda? Apa musim kegemaran anda? Kenapa?
  4. Ada apa-apa aktiviti khusus yang orang buat pada setiap musim? Apa yang anda suka buat pada musim panas?
  5. Berapa jam waktu siang dan waktu malam di negara anda berdasarkan musim?
  6. Anda rasa anda lebih produktif kalau waktu siang lebih panjang?
  7. Ada salji di negara anda? Anda suka salji? Apa aktiviti yang boleh dibuat di tempat bersalji di negara anda?
  8. Di negara anda ada buah-buahan tempatan? Ada musim buah?
  9. Bendera negara anda warna apa? Ada corak atau logo?
  10. Apa tempat-tempat tarikan pelancong yang anda cadangkan kalau saya ingin ke negara anda?
  11. Ceritakan apa-apa sejarah menarik tentang negara anda.
  12. Macam mana keadaan ekonomi di negara anda akhir-akhir ini?
  13. Sukan apa yang paling popular di negara anda?
  14. Apa nama syarikat penerbangan nasional negara anda?
  15. Di negara anda, ada kereta buatan tempatan atau berjenama tempatan?

Kosa Kata

  1. peta
  2. benua
  3. benua Asia
  4. benua Eropah
  5. benua Amerika Utara
  6. benua Amerika Selatan
  7. benua Antartika
  8. benua Afrika
  9. benua Australia
  10. negara jiran
  11. khusus
  12. berdasarkan ~
  13. waktu siang
  14. waktu malam
  15. salji
  16. tempatan/lokal
  17. bendera
  18. corak
  19. logo
  20. tempat tarikan pelancong
  21. (men)cadangkan
  22. sejarah
  23. syarikat penerbangan
  24. buatan tempatan
  25. berjenama tempatan
  1. map
  2. continent
  3. Asia
  4. Europe
  5. North America
  6. South America
  7. Antartica
  8. Africa
  9. Australia
  10. neighboring countries
  11. specific; special
  12. based on
  13. daytime
  14. nighttime
  15. snow
  16. local
  17. flag
  18. pattern
  19. logo
  20. tourist attraction
  21. to recommend
  22. history
  23. airline company
  24. locally-made
  25. to be of a local brand