Topik – Agama dan Kepercayaan

Soalan

  1. Apa agama-agama yang dikenali di dunia?
  2. Di negara anda, ada banyak agama? Agama apa?
  3. Agama penting untuk anda? Kenapa?
  4. Apa menganut agama apa?
  5. Di negara anda ada kebebasan beragama? Anda rasa kebebasan beragama penting untuk sesebuah negara?
  6. Anda pernah tukar agama?
  7. Apa rutin anda sebagai penganut agama anda?
  8. Anda pernah didiskriminasi disebabkan agama anda?
  9. Ada beberapa kes di dunia yang dikatakan disebabkan pelampau agama. Apa pendapat anda?
  10. Di negara anda, ada banyak orang yang tidak menganut agama?
  11. Anda ada kawan berlainan agama? Anda pernah berbincang tentang perbezaan agama dengan mereka?
  12. Anda pernah belajar tentang agama lain? Bagaimana?
  13. Adakah agama ada pengaruh dalam pentadbiran di negara anda?
  14. Siapa tokoh agama yang anda sanjung?
  15. Di negara anda, semua memilih agama mereka sendiri atau ibu bapa yang memilih untuk mereka?
  16. Anda rasa kewujudan agama penting di dunia ini?
  17. Adakah anda seorang yang beragama? Anda ikut peraturan-peraturan agama?

Kosa Kata

  1. agama
  2. mengenali
  3. dikenali
  4. menganut
  5. penganut
  6. kebebasan beragama
  7. menukar
  8. memeluk agama ~
  9. mendiskriminasi
  10. didiskriminasi
  11. pelampau agama
  12. berlainan agama
  13. pengaruh
  14. mempengaruhi
  15. pentadbiran
  16. tokoh
  17. menyanjungi
  18. wujud
  19. kewujudan
  20. beragama
  21. peraturan
  1. religion
  2. to know
  3. to be known
  4. to follow (a religion)
  5. follower (of a religion)
  6. religious freedom
  7. to change
  8. to embrace the religion of ~
  9. to discriminate
  10. to be discriminated
  11. religious extremist
  12. to be of different religion
  13. influence
  14. to influence
  15. administration
  16. figure (person)
  17. to look up to
  18. to exist
  19. existence
  20. religious
  21. rules

Leave a Reply

Your email address will not be published.