Soalan

  1. Anda suka berjumpa dengan orang baru?
  2. Apa soalan-soalan yang patut ditanya bila berjumpa dengan orang baru?
  3. Apa soalan-soalan yang tak patut ditanya bila berjumpa dengan orang baru?
  4. Di negara anda, tak ada masalah untuk tanya umur seseorang yang baru kenal?
  5. Anda rasa gementar bila berjumpa dengan orang baru?
  6. Macam mana cara untuk buang rasa gementar bila berjumpa dengan orang baru?
  7. Anda kerap berjumpa dengan orang baru di luar atau di tempat kerja?
  8. Anda rasa tanggapan pertama penting untuk awak? Kenapa?
  9. Orang yang macam mana anda suka berkenalan?
  10. Anda pernah ada tanggapan pertama yang betul-betul salah?
  11. Anda berjabat tangan bila berjumpa dengan orang baru kenal?
  12. Anda orang yang macam mana? Malu atau peramah?
  13. Anda selesa dengan orang-orang di Malaysia?
  14. Apa manfaat jumpa orang baru?
  15. Anda rasa kekok bila berjumpa dengan orang baru?
  16. Apa topik kegemaran bila bercakap dengan orang baru? Tempat asal, cuaca?
  17. Kalau anda tak suka orang yang anda baru jumpa, apa yang anda akan cuba buat?
  18. Anda suka mendekati orang atau suka didekati?

Kosa Kata

  1. patut
  2. (ber)tanya
  3. (me)minta
  4. umur
  5. seseorang
  6. gementar
  7. (mem)buang
  8. tanggapan pertama
  9. berkenalan
  10. peramah
  11. (ber)jabat tangan/ (ber)salam
  12. manfaat
  13. kekok
  14. tempat asal
  15. (men)dekati
  1. should
  2. to ask (a question)
  3. to ask (for something)
  4. age
  5. someone, somebody
  6. nervous
  7. to get rid of; discard
  8. first impression
  9. to get to know each other
  10. friendly; outgoing
  11. to shake hands
  12. benefit
  13. awkward
  14. origin
  15. to approach

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.