Soalan

  1. Ke mana anda suka pergi untuk bercuti? Pulau, bandar, pantai?
  2. Ke mana anda nak untuk percutian seterusnya?
  3. Ceritakan tentang percutian yang paling best untuk anda.
  4. Apa yang anda selalu bawak semasa anda pergi melancong?
  5. Anda suka pakej pelancongan atau lebih suka rancang pelancongan sendiri?
  6. Mana tempat terakhir anda pergi bercuti? Apa anda buat?
  7. Apa manfaat pergi melancong seorang?
  8. Apa perjalanan paling lama yang anda pernah buat?
  9. Yang mana lebih selesa untuk anda? Kereta api, kapal terbang atau kereta?
  10. Anda suka melancong ke negara lain? Kenapa? Untuk apa anda pergi ke negara orang?
  11. Di mana anda selalu bermalam? Hotel, hostel, rumah kenalan?
  12. Apa makanan paling pelik anda pernah makan semasa pergi melancong?
  13. Apa anda suka buat bila pergi bercuti?
  14. Berapa kerap anda pergi melancong?
  15. Siapa dalam keluarga anda yang paling banyak pergi melancong?
  16. Anda cuba belajar bahasa tempatan sebelum pergi melancong?
  17. Apa tempat paling anda tak boleh lupa?
  18. Anda lebih suka melancong dengan kawan, keluarga atau sendiri?


Kosa Kata

  1. bercuti
  2. pergi bercuti
  3. percutian
  4. ~ seterusnya
  5. paling best
  6. membawa
  7. semasa ~
  8. pakej pelancongan
  9. merancang
  10. terakhir
  11. manfaat
  12. perjalanan
  13. bermalam
  14. kenalan
  15. pelik
  16. kerap
  17. berapa kerap
  18. melancong
  19. pelancong
  20. pelancongan
  21. ~ tempatan
  22. bahasa tempatan
  23. orang tempatan
  24. makanan tempatan
  25. melupakan
  1. to be on a vacation
  2. to go on a vacation
  3. vacation
  4. next ~
  5. the best; most fun; the tastiest
  6. to bring
  7. during ~
  8. vacation/tour package
  9. to plan
  10. last; final
  11. benefit
  12. travel
  13. to spend the night
  14. acquaintance
  15. weird; awkward
  16. frequent
  17. how frequently
  18. to go travelling
  19. tourist
  20. tourism
  21. local ~
  22. local language
  23. local people
  24. local food
  25. to forget

Colloquial Malay Notes

1. Native speakers use the English word best a little differently from English. It is used to describe something that is pleasant to the speaker. It can range from food, experience, movies, maybe almost anything!

  • Bestnya awak boleh pergi Langkawi! – It’s so nice that you could go to Langkawi.
  • Makanan ni best. – This food is great.
  • Tak best cakap dengan dia. – It’s not fun talking to her.

2. There are certain words in Malay which are slightly modified when used in colloquial Malay. For example:

bawa -> bawak
buka -> bukak
ambil -> ambik

pula -> pulak
juga -> jugak

to bring; carry
to open; be open
to take

in the contrary
also