Soalan

  1. Ada kawan baik/rapat? Boleh cerita sikit tentang kawan baik anda?
  2. Ada kawan dari zaman kecil yang masih kawan sampai hari ni? Ceritakan.
  3. Ada kawan-kawan yang duduk kat tempat jauh? Mana tempat-tempat tu? Selalu cakap dengan mereka?
  4. Anda rasa pinjam duit daripada kawan satu idea yang baik? Kenapa ya atau kenapa tak?
  5. Anda senang buat kawan?
  6. Macam mana anda buat kawan? Di mana?
  7. Kawan anda pernah buat anda sedih?
  8. Pernah buat kawan di internet?
  9. Ada kawan-kawan yang jauh lagi tua/muda dari anda?
  10. Apa beza kawan dengan keluarga? Yang mana nombor satu untuk anda?
  11. Apa definisi kawan yang baik untuk anda? Apa ciri-ciri yang patut ada dalam seorang kawan?
  12. Anda rasa okay untuk ada kawan lelaki atau perempuan? Anda selesa berkawan dengan orang yang lain jantina?
  13. Anda okay dengan berkawan dengan bekas pasangan anda?
  14. Anda percaya yang ibubapa boleh dianggap macam kawan sendiri?
  15. Kenapa anda perlukan kawan?
  16. Siapa kawan yang paling lama anda dah kenal?
  17. Anda rasa berjumpa dengan orang baru penting? Apa kelebihan berkawan dengan banyak orang?
  18. Orang yang macam mana anda paling senang bergaul?
  19. Kalau anda cikgu, anda boleh jadi kawan kepada pelajar anda sendiri?
  20. Anda bagitahu kawan baik anda tentang semua benda macam rahsia anda sendiri?

Kosa Kata

  1. kawan baik
  2. kawan rapat
  3. cerita
  4. menceritakan
  5. zaman kecil
  6. pinjam, meminjam
  7. senang ~
  8. buat kawan
  9. senang buat kawan
  10. jauh
  11. jauh lagi ~
  12. jauh lagi tua/muda
  13. béza, perbézaan
  14. définisi
  15. ciri
  16. patut
  17. selésa
  18. lain jantina
  19. bekas pasangan
  20. berkawan dengan
  21. menganggap dia sebagai kawan
  22. kenal, mengenali
  23. penting
  24. kelebihan
  25. kekurangan
  26. bergaul dengan ~
  27. rahsia

  1. good friend
  2. close friend
  3. story
  4. to tell a story
  5. childhood
  6. to borrow
  7. easy to ~
  8. to make friends
  9. easy to make friends
  10. far
  11. far more ~
  12. far older/younger
  13. difference
  14. definition
  15. characteristic, feature
  16. should
  17. comfortable
  18. different gender
  19. ex-partner
  20. to be friends with
  21. to treat him/her as a friend
  22. to know; be familiar with (a person)
  23. important
  24. advantage
  25. disadvantage
  26. to mingle with ~
  27. secret

Similar Posts