Soalan (Questions)

  1. Apa makanan kegemaran anda? Ada makanan kegemaran yang anda tak boleh dapat di negara anda?
  2. Anda suka makanan berwarna-warni?
  3. Ada makanan yang anda tak makan bila kecil tetapi anda makan sekarang?
  4. Anda boleh memasak?
  5. Anda risau tentang pengambilan kalori bila anda makan?
  6. Pada pukul berapa anda selalu makan pagi, tengah hari dan malam?
  7. Anda minum kopi pagi ini? Yang mana anda lebih suka, kopi atau teh?
  8. Anda makan sarapan setiap hari?
  9. Anda suka makanan segera? Anda rasa makanan segera baik untuk kesihatan?
  10. Apa makanan yang anda mahu saya cuba kalau saya pergi ke negara anda?
  11. Anda makan bila anda kemurungan?
  12. Bagaimana dengan harga makanan di negara anda? Mahal atau murah?
  13. Anda suka pencuci mulut? Jika ya, pencuci mulut apa? Jika tidak, kenapa?
  14. Anda suka makan sayur-sayuran?
  15. Anda ada tabiat pemakanan yang buruk?
  16. Anda pernah tercekik bila makan?
  17. Apa rasa-rasa makanan yang anda suka? Bagaimana dengan rasa pedas?
  18. Berapa kerap anda makan makanan yang kurang sihat?
  19. Makanan apa yang sepatutnya tak mahal tapi terlalu mahal?
  20. Obesiti satu masalah di negara anda?

Kosa Kata

  1. makanan kegemaran
  2. (men)dapat
  3. berwarna-warni
  4. risau; bimbang
  5. pengambilan kalori
  6. (apa)bila kecil
  7. lebih suka
  8. sangat-sangat suka
  9. makanan segera
  10. baik untuk kesihatan
  11. (men)cuba
  12. murung; kemurungan
  13. harga makanan
  14. pencuci mulut
  15. sayur
  16. sayur-sayuran
  17. buah
  18. buah-buahan
  19. tabiat
  20. tabiat pemakanan
  21. tabiat pemakanan yang baik
  22. tabiat pemakanan yang buruk
  23. tercekik
  24. pedas
  25. manis
  26. masin
  27. masam
  28. tawar
  29. pahit
  30. (dengan) kerap
  31. berapa kerap
  32. sepatutnya
  33. terlalu mahal
  34. obesiti
  35. masalah
  1. favorite food
  2. to get; acquire; obtain
  3. colorful
  4. worried; to worry
  5. calorie intake
  6. when one is small/young
  7. to prefer; like something more
  8. to love; like something very much
  9. instant food; fast food
  10. good for health
  11. to try; attempt
  12. depressed
  13. price of food
  14. dessert
  15. vegetable
  16. vegetables (plural; as a category)
  17. fruit
  18. fruits (plural; as a category)
  19. habit
  20. eating habit
  21. good eating habit
  22. bad eating habit
  23. to choke on (something)
  24. spicy
  25. sweet
  26. salty
  27. sour
  28. bland
  29. bitter
  30. frequently; frequent
  31. how frequent
  32. supposed to
  33. too expensive
  34. obesity
  35. problem